pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tony Pua: Mengikut Data, Harga Gula Sepatutnya 'Di Kurangkan' !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Dua syarikat yang diberi hak untuk menjadi pembekal tunggal gula meraih keuntungan besar sejak 2 tahun lalu apabila keraj...
PETALING JAYA: Dua syarikat yang diberi hak untuk menjadi pembekal tunggal gula meraih keuntungan besar sejak 2 tahun lalu apabila kerajaan membenarkan mereka membeli gula mentah secara terus dari pasaran dunia, kata Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Selasa, yang dilaporkan berkata rakyat perlu berterima kasih kerana gula naik 11 sen sahaja.
Harga baru gula pasir putih bertapis kasar naik daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram berkuat kuasa 1 Mac.
“Saya menggali sejarah harga gula mentah dunia, kontrak jangka masa panjang kerajaan Malaysia untuk bekalan gula mentah, sejarah subsidi gula pasir putih bertapis dan harga gula pasir putih pengilang (sebelum subsidi).
“Fakta menunjukkan kerajaan BN membenarkan duopoli gula Malaysia meraih keuntungan besar sejak 2 tahun lepas,” kata Tony.
Menurut Tony, sebelum 2015, 2 pengilang gula tunggal Malaysia memberi gula mentah melalui kontrak jangka masa panjang kerajaan untuk bekalan gula mentah import.
Pada 2009-2011, harga gula mentah adalah AS$17.50 setiap 100 paun, manakala pada 2012-2014, harga setiap 100 paun adalah AS$26.00.
“Sistem pembelian gula mentah melalui kontrak jangka masa panjang dimansuhkan pada 2015 dan pengilang membeli bekalan gula mentah secara terus berdasarkan harga gula mentah di pasaran dunia,” kata Tony, mencadangkan aturan baharu itu berbetulan dengan penurunan harga gula mentah dunia.
Tony mempertikaikan mengapa kerajaan tidak mengurangkan harga gula semasa harga gula mentah dunia turun.
“Harga bekalan gula mentah dunia menjunam bawah AS$15 setiap 100 paun, jadi mengapa kerajaan pada masa itu tidak mengurangkan harga gula untuk pengguna?
“Sebagai perbandingan, apabila pengilang membeli gula mentah pada harga AS$17.50 antara 2009 dan 2011, harga gula pengilang cuma RM2.05 hingga RM2.50,” kata Tony.
Memperincikan pengiraan beliau dalam 2 gambar rajah berasingan, mengesan harga gula mentah dunia dan harga runcit, Tony percaya harga gula sekarang ini sepatutnya lebih rendah.
“Walaupun selepas mengambil kira perbezaan dalam kadar tukaran sejak masa itu, harga gula sepatutnya dikurangkan, dan tidak ditambah.
“Data menunjukkan rakyat tidak perlu berterima kasih kepada menteri. Rakyat mungkin perlu mengkritik kerajaan kerana membiarkan 2 pengilang gula mengaut untung melalui harga jualan yang dikenakan kerajaan ketika rakyat biasa sedang merana.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top