[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Tony Pua: Najib "Perlu Tampil" Di Parlimen, Jawab Isu RM2.6 Bilion !


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tampil di Dewan Rakyat bagi memberikan penjelasan berhubung isu wang RM2.6 bilion.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee berkata, Dewan Rakyat seharusnya membenarkan pertanyaan lisan dikemukakan supaya tidak timbul kekeliruan mengenainya dan bukan menolak dengan alasan ia “sangkaan”.
“Kita masih ingat Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali, ada membuat kenyataan media mengumumkan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan dan wang itu adalah sumbangan daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
“Saya inginkan penjelasan Perdana Menteri sama ada Peguam Negara masih berpegang dengan pendirian itu atau telah menukar fikiran dengan tidak mahu menjawab pertanyaan saya bahawa ia adalah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Satu lagi kenapa Perdana Menteri sendiri tidak berani hadir ke Parlimen untuk menafikan wang itu dari 1MDB,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Tony Pua menyentuh perkara itu berikutan keputusan Dewan Rakyat menolak pertanyaan lisannya mengenai wang USD681 juta (RM2.6 bilion) yang masuk ke akaun peribadinya adalah wang derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan bukan berpunca dari 1MDB.
Beliau berkata, jawapan perlu diberikan mengenai perkara itu dan tidak membiarkan pihak lain iaitu menteri dan pemimpin Umno-BN terus menguar-uarkanya di luar sebagai wang dari sumber derma.
“Perkara ini telah mendapat perhatian pihak luar dan antarabangsa hingga menjejaskan maruah negara dan dilabelkan sebagai kleptokrasi global,” katanya. #sumber


Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]