pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Dr M Jawab Cabaran "Kosong" Nazri, Pertahan Kejayaan Proton !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membalas cabaran Datuk Seri Nazri Aziz untuk bertanding pada pilihan raya akan datang sambil men...
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membalas cabaran Datuk Seri Nazri Aziz untuk bertanding pada pilihan raya akan datang sambil menjawab kritikannya yang menganggap perusahaan kereta nasional Proton gagal.
“Cabaran ini menunjukkan betapa beraninya Nazri. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong,” kata Dr Mahathir menulis dalam blognya.
Nazri sebelum ini mencabar Dr Mahathir bertanding di Padang Rengas, kawasan Parlimen disandang menteri pelancongan itu.
Nazri juga menuduh Dr Mahathir punca kegagalan Proton sehingga terpaksa mendapatkan rakan kongsi luar.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata Proton di bawah pentadbirannya dapat mengumpul keuntungan sebanyak RM4 bilion.
Proton, katanya, tidak menggunakan pinjaman bank atau dana kerajaan membina kilang RM1.8 bilion di Tanjung Malim, malah syarikat itu membayar RM18 bilion cukai kepada kerajaan.
Dr Mahathir yang menjadi penggerak utama industri kereta nasional pertama itu berkata, apa yang memberi kesan terhadap Proton ialah apabila kereta import dibenar masuk dengan mudah walaupun negara pengeluar kereta lain tidak membenarkan Proton dijual di situ.
Beliau berkata kualiti Proton terbukti, walaupun mengakui terdapat beberapa masalah.
“Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi.
“Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, kebanjiran kereta import dari negara pengeluar kereta utama lain merugikan Proton.
“Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluarkan berjuta-juta buah setahun.
“Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia.
“Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top