pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir Bimbang Isu Empat Juta Anak Muda, Tidak Mengundi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang seramai lebih 4 juta golongan muda masih belum mendaftar sebagai pengundi menjelang pilihan r...
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang seramai lebih 4 juta golongan muda masih belum mendaftar sebagai pengundi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan tahun depan.
Bekas perdana menteri itu berkata anak muda perlu disedarkan mengenai kepentingan mengundi kerana sekiranya tidak, rakyat rugi dan tidak mendapat kerajaan yang baik.
“Kalau mereka mula sedar akan kepentingan mengundi, mereka akan mengundi,” katanya pada program bicara bersama anak muda di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Ahad lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan kira-kira 4 juta lebih golongan muda masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata, sebanyak 45% daripada keseluruhan 30 juta lebih rakyat Malaysia terdiri daripada golongan muda.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata anak muda kini berdepan pelbagai masalah dan harus bertindak mengubah nasib mereka.
“Kerja tidak ada, dan kena naikkan cukai sebab tidak ada duit, dan duit yang ada dihabiskan ke tempat lain.
“Kalau mereka rasa terancam, masa itu mereka akan bertindak.
“Kita ada peluang ubah dan rugi kalau kita tak guna kuasa mengundi kita,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top