pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir "Persoalkan" Status Hartanah "Hak Milik Kekal" Forest City !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan status hak milik kekal Forest City di Johor dan menjangkakan ...

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan status hak milik kekal Forest City di Johor dan menjangkakan hampir 90 peratus warga asing yang membeli tidak mustahil menjadi warganegara Malaysia.
Menerusi laman blognya, Tun Dr Mahathir berkata, ia berlaku kerana Forest City menawarkan hak milik tanah kekal (freehold) kepada pembelinya yang kebanyakan datang dari China seperti diiklankan di papan tanda sepanjang bandar itu.
Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang di tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan ‘Hartanah Hak Milik Kekal’.
“Penghuni Forest City boleh tinggal kekal di di Forest City kerana mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi warganegara Malaysia termasuk hak mengundi. Tiada jaminan ini tidak akan berlaku, bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.
“Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka, sudah 700,000 kerakyatan tdiberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. dan dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum,” katanya dengan sinis selepas melawat bandar itu di Johor, baru-baru ini.
Katanya, Forest City itu juga diberi status bebas cukai dan mereka yang akan mendiami Forest City kebanyakannya orang asing dan bakal menikmati kelebihan itu apabila barangan import termasuk dari negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.
“Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal. Sebenarnya, Najib boleh batal syarat ‘freehold’ kerana bertentangan dengan dasar negara ekoran semua hak milik tanah baru perlu ‘leasehold’ iaitu 30, 66, 90 atau 99 tahun.
“Nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal. Kata pepatah Melayu (yang tidak perlu kita pedulikan) ‘anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan’. Kesian,” katanya.
Beliau dimaklumkan flat di Forest City boleh didapati percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di China dan Syarikat Forest City tidak perlu bayar cukai di Malaysia kerana tidak mendapat sebarang keuntungan.
“Jika duit tidak boleh dikeluar dari China, pembeli mungkin pinjam duit dari bank di Malaysia. Saya difahamkan, seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90 peratus dari bank Malaysia.
“Orang Malaysia akan disoal panjang jika meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum diluluskan. Ini kerana, Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top