pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tunjukkan Angka Ketirisan, Kata Johari Kepada Bekas Ketua Audit Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta bekas Ketua Audit Tan Sri Ambrin Buang menyediakan bukti kerugia...
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta bekas Ketua Audit Tan Sri Ambrin Buang menyediakan bukti kerugian perbelanjaan kerajaan akibat ketirisan.
“Saya mahu periksa dengan ketua audit. Saya mahu beliau tunjukkan kepada saya angka yang menyatakan 20% daripada perbelanjaan kerajaan hilang akibat ketirisan,” kata Johari di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), yang meminta beliau menyatakan berapa banyak kerugian yang ditanggung kerajaan akibat ketirisan.
Ngeh kemudiannya bangun dan berkata Ambrin sendiri mendakwa 10% hingga 30% daripada dana kerajaan hilang akibat ketirisan dan salah urus.
Ngeh turut memetik Ambrin sebagai berkata kontrak yang dikeluarkan kerajaan lebih mahal berbanding harga pasaran.
“Ini adalah angka yang Ambrin berikan dalam ucapannya,” kata Khoo Ham, merujuk kepada ucapan Ambrin di Forum Memerangi Penipuan Pemerolehan di Sektor Awam dan Swasta 2017, pada Januari tahun ini.
Di forum itu, Ambrin berkata pemerolehan awam antara aktiviti kerajaan yang paling terdedah kepada korupsi, dan penipuan dalam pemerolehan awam menyebabkan kerugian jutaan ringgit dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, beliau menambah kerajaan sudah memulakan beberapa langkah menangani kelemahan dalam pengurusan pemerolehan awam.
Beliau berkata antara langkah diambil ialah mengukuhkan peranan juruaudit dalam, audit menyeluruh pemerolehan jabatan dan agensi kerajaan, dan latihan pengurusan pemerolehan yang lebih tertumpu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top