pahangdaily pahangdaily Author
Title: Video: Lelaki Maut Di Rempuh Dek Kereta Lawan Arus Di Lebuhraya !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BUTTERWORTH:  Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134,...

BUTTERWORTH: Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi Selasa.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Insiden itu turut dirakamkan oleh pemandu dari laluan bertentangan dan disiarkan dalam laman perkongsian YouTube di bawah akaun Penang Kini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top