pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah Desak SPR Dedahkan, "Pakar" Persempadanan Semula !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail desak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan identiti 2 pakar t...
KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail desak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan identiti 2 pakar topografi dan demografi yang akan menjadi penasihat kepada badan itu untuk proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan datang.
Ini kerana nasihat 2 pakar tersebut mempunyai pengetahuan mengenai proses persempadanan semula.
“Saya minta kerajaan dedahkan identiti mereka seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 115 dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Bagi tujuan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mahu proses persempadanan semula ditangguhkan sehingga identiti 2 penasihat tersebut didedahkan.
Beliau berkata, sebagai ketua pembangkang, beliau tidak teragak-agak membawa perkara ini ke perhatian Yang di-Pertuan Agong jika SPR tidak dedahkan siapa mereka.
Mengikut Perkara 115(2) Perlembagaan Persekutuan, 2 pakar itu di bawah lantikan Agong untuk menjadi penasihat kepada SPR dalam proses persempadanan semula itu.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya dicadangkan oleh SPR tahun lalu dikecam Barisan Nasional (BN) dan pemimpin pembangkang kerana ia dilihat tidak adil.
Sesetengah wakil rakyat berkata persempadanan akan mewujudkan lebih banyak kawasan majoriti Melayu, sementara yang lain pula berkata kawasan mereka akan dikecilkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top