pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah: Wajar Heret SPR Isu "Persempadanan Semula", Demi PRU Adil
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Selangor membawa isu persempadanan semula kawasan pilihan raya ke mahkamah wajar dilakukan bagi memas...

KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Selangor membawa isu persempadanan semula kawasan pilihan raya ke mahkamah wajar dilakukan bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak adil.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, hal itu ekoran wujud keraguan terhadap langkah SPR berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor.
“Tindakan Kerajaan Selangor adalah wajar demi memastikan SPR bertindak adil dalam kajian semula itu berasaskan daftar pemilih yang benar dan sempurna,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad v di Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Kerajaan Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengemukakan permohonan ke mahkamah bagi menggantung dan memberhentikan segala prosiding inkuiri dikendalikan SPR dalam isu terbabit.
Permohonan itu dibuat ekoran Kerajaan Selangor membangkitkan tindakan SPR melupuskan alamat 136,272 pengundi dalam daftar pemilih bagi tujuan persempadanan semula. #sumber


Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top