Wanita Cedera, "Jari Kaki Tersepit" Di "Travelator" Pusat Beli-Belah Di Subang Jaya


PETALING JAYA: Seorang wanita cedera di jari kaki apabila tersepit pada travelator di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya.

Jurucakap pusat membeli-belah itu memberitahu The Star bahawa insiden tersebut membabitkan seorang wanita berusia 38 tahun semasa menaiki travelator.

"Dia menerima rawatan di hospital kerana keretakan tulang," kata jurucakap itu pada Khamis.

Menurut kenyataan di laman Facebook pusat membeli-belah itu, kejadian berlaku pada pukul 4 petang Rabu apabila wanita berkenaan menaiki travelator di antara aras bawah dan aras bawah tanah.

Gambar berhubung insiden tersebar di WhatsApp menunjukkan sandal kiri milik wanita itu tersepit di trevalator berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan insiden tersebut dan memberitahu pasukannya memberi bantuan kepada mangsa.

Ia berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Sunway untuk rawatan lanjut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]