MB Adnan Naik Basikal Pulang Ke Rumahnya Dari Wisma Sri Pahang !


KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke rumahnya dengan menunggang basikal baharu yang merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-67 hari ini.

Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.

“Beliau (Adnan) kemudian mengambil basikal itu dan mengayuh kenderaan beroda dua tersebut mengelilingi bangunan Wisma Pahang sebelum masuk semula ke dewan dengan wajah gembira.

“Semasa sidang berhenti rehat tengah hari, beliau pulang dengan mengayuh basikal ke rumahnya di Kubang Buaya selama hampir 25 minit tanpa disedari ahli-ahli DUN yang lain,” kata sumber semasa dihubungi di sini, hari ini.

Menurut sumber, perjalanan itu yang sejauh kira-kira enam kilometer melibatkan laluan Jalan Gambut, Jalan Teluk Sisek sebelum ke Kubang Buaya dengan diiringi dua anggota polis trafik serta sebuah ambulans. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]