pahangdaily pahangdaily Author
Title: Amanah Lantik Husam Musa Naib Presiden, 'Sasar' Tumbang PAS Di Kelantan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi mengumumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden berkuat kuasa hari...
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi mengumumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden berkuat kuasa hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas memenuhi usul yang diterima sebulat suara pada Konvensyen Amanah tahun lalu.
Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir di sini, hari ini.
“Husam yang masa ini menjadi penasihat Amanah Kelantan dilantik mengisi jawatan Naib Presiden Amanah.
“Kami yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang politik sebagai ahli Parlimen, ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan anggota Dewan Undangan Negeri akam membantu perjalanan dan perkembangan Amanah,” katanya.
Dengan pelantikan itu, Amanah mempunyai 4 Naib Presiden. Tiga yang lain adalah Datuk Dr Mujahid Yusof, Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Hasan Bahrom.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dipecat keanggotaannya dalam PAS pada April tahun lalu, susulan lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.
Ekoran keputusan itu, Husam menyertai Amanah pada 30 Ogos lalu dan dilantik sebagai penasihat Amanah Kelantan.
Mengulas lanjut, Anuar yakin pelantikam Husam itu bagi mencapai matlamat Amanah untuk merampas kerajaan Kelantan yang kini dipimpin PAS.
Anuar yakin Husam mampu memperkuatkan jentera Amanah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Sejujurnya betul. Kita tidak mahu Husam hanya fokus kepada negeri sahaja tetapi nasional juga,” katanya.
Dalam pada itu, Amanah juga memaklumkan melantik Al-Fadhil Zolkharnain Abidin Al-Hafiz sebagai pengarah syariah Amanah.
Al-Fadhil yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi Amanah Perlis ditugaskan sebagai pegawai di jabatan hal ehwal agama Perlis dan merupakan Adun Perlis. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top