pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anuar Tahir: Parti Amanah Negara Sedia Di Saman Oleh Keluarga Nik Aziz !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Amanah akan meneruskan “Seminar Pemikiran Nik Aziz” pada masa akan datang walaupun mendapat bantahan daripada keluarga be...
PETALING JAYA: Amanah akan meneruskan “Seminar Pemikiran Nik Aziz” pada masa akan datang walaupun mendapat bantahan daripada keluarga bekas musyidul am PAS itu, kata Mohd Anuar Tahir.
Setiausaha agung Amanah itu berkata, keluarga Nik Aziz berhak menyaman Amanah dan parti itu sedia berdepan tindakan tersebut.
“Terpulang kepada mereka sebab itu hak mereka.
“Tapi kita juga ada hak kerana kita hidup di negara demokrasi,” katanya.
Anuar menegaskan tujuan utama seminar itu diadakan untuk mengekalkan pemikiran Nik Aziz dan ia mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.
“Usaha kami ikhlas untuk kekalkan pemikiran dan falsafah Nik Aziz supaya tidak hilang begitu saja.
“Seminar itu juga mendapat sambutan luar biasa sehingga ‘live streaming’ yang disiarkan ditonton lebih 100 ribu orang sekaligus membuktikan ramai yang masih sayangkan Nik Aziz,” katanya.
Tambah Anuar, Amanah bukan sahaja mengetengahkan corak pemikiran Nik Aziz kerana ramai lagi tokoh lain akan diangkat dan dijadikan rujukan parti itu.
“Kita merancang mengangkat tokoh lain juga, cuma permulaan ini kita gunakan nama Nik Aziz sebagai memberi penghormatan kepada beliau kerana kehilangannya sukar dicari ganti.
“Seminar ini akan diikuti dengan tokoh lain seperti Yusof Rawa, Datuk Dr Burhanuddin Muhammad Nur al-Hilmi, Datuk Dr Zulkifli Muhammad, Ibrahim Yaakob dan lain-lain,” katanya merujuk tokoh PAS di masa lampau.
Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Nik Adli, anak Nik Aziz yang mana keluarganya dalam proses mengambil tindakan mahkamah susulan penganjuran seminar oleh Amanah.
Keluarga Nik Aziz tidak mengizinkan nama Nik Aziz “dijaja” Amanah sekaligus meminta parti serpihan PAS itu menggunakan nama pemimpin lain. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top