pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin: 'Kerajaan Negeri Selangor' Tak Akan Minta Maaf Pada Khalid !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali menegaskan kerajaan negeri tidak akan memohon maaf kepada bekas menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim ...
SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali menegaskan kerajaan negeri tidak akan memohon maaf kepada bekas menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan keputusan Mahkamah Tinggi semalam berhubung kes tuntutan mendapatkan balik bayaran dibuat kepada 7 bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI).
“Permohonan maaf tidak akan dibuat,” kata Azmin kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan Selangor akan memohon maaf kepada Khalid dan 7 bekas kakitangan MBI itu selepas mahkamah menolak permohonan kerajaan negeri untuk menuntut semula bayaran RM2.7 juta yang diluluskan Khalid.
Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap penghakiman itu, beliau berkata, ia akan diuruskan peguam dan keputusan akan dibuat selepas menerima penghakiman bertulis.
“Kita tidak boleh melihat jawapan secara berasingan kerana penghakiman yang diluluskan oleh hakim menyatakan seorang menteri besar tidak mempunyai kuasa mutlak.
“Khalid tidak merujuk perkara itu kepada lembaga MBI,” kata Azmin.
Azmin berkata, ia merupakan isu moral kerana keputusan penting tidak boleh dibuat oleh hanya seorang.
Beliau berkata, amalan itu tidak boleh diterima dalam keadaan sekarang dan “ini juga dikatakan oleh hakim”.
Semalam, Khalid berkata keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan pampasan yang dibayar kepada 7 kakitangan MBI semasa kepimpinannya adalah sah.
Sebelum ini, beliau dituduh meluluskan pembayaran kepada mereka, termasuk setiausaha politiknya, Faekah Husin.
Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada 2014 berikutan undi tidak percaya terhadapnya yang dibawa oleh parti dan sekutunya.
MBI menyaman 7 bekas kakitangannya bagi mendapatkan semula sejumlah wang selepas mendakwa bayaran tersebut dibuat di luar apa yang mereka berhak terima. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top