"Bekas Pemimpin Kanan", Dakwa Tak Tahu PAS Terima Dana 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana 1MDB ketika menjadi pemimpin kanan parti Islam itu.
Katanya, isu penerimaan dana itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS, sebelum beliau keluar parti dan menyertai Amanah pada 2015.
“Yang pasti saya tidak terima apa-apa dan saya tidak dimaklumkan tentang perkara itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah sebagai mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengaitkan PAS dengan dana 1MDB yang disalurkan melalui seorang bekas pemimpin kanan parti Islam itu.
Rafizi mendakwa mempunyai bukti individu yang menjadi perantara menerima dana dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pendedahan itu dibuat pada hari terakhir Dewan Rakyat, 6 April lalu selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Timbalan presiden Amanah itu turut meminta Rafizi mengemukakan bukti kukuh, sekiranya PAS pernah menerima dana daripada 1MDB.
Salahuddin pernah memegang jawatan Naib Presiden PAS selama beberapa penggal, bermula 2009.
Beliau pernah berkhidmat dengan Datuk Nasharudin Mat Isa yang dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS pada 2005 hingga 2011, sebelum Mohamad Sabu dan Hadi menggantikannya.
Selepas Muktamar PAS pada 2015, Salahuddin bersama kumpulan progresif meninggalkan PAS kerana ditolak perwakilan. Mereka kemudiannya menubuhkan parti serpihan Amanah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]