Chong Wei Tewas, Lin Dan Meraih Kejuaraan Terbuka Malaysia 2017

KUCHING: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal menambah koleksi kejuaraan ke-12 Terbuka Malaysia, sekali gus memberi seteru utamanya, Lin Dan gelaran pertama kejohanan ini.
Lin Dan jelas masih lawan yang liat buat Chong Wei apabila tunduk 19-21, 14-21 dalam aksi final impian perseorangan lelaki antara 2 pemain handalan dunia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.
Chong Wei yang menundukkan Lin Dan di gelanggang sama pada 2006 untuk gelaran ketiganya di Terbuka Malaysia, gagal menamatkan set pertama ketika mendahului 19-15 dan kesempatan itu membolehkan Lin Dan bangkit untuk menang 21-19.
Set ke-2 nyata milik Lin Dan biarpun Chong Wei mendapat sokongan gemuruh penonton, bagi menamatkan rentetan 3 kekalahan kepada pemain negara dalam pertemuan terakhir mereka termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio.
Ia juga menamatkan impian Chong Wei, juara 11 kali Terbuka Malaysia, untuk mendapatkan gelaran ke-12 di kejohanan ini.
Rekod pertemuan mereka kini pada 26-12 yang berkelebihan kepada Lin Dan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]