pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dua Di Tahan Buat "Posting Jelik", Akaun "Facebook Palsu" Kerabat Johor
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim A...
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan institusi Diraja Johor serta membuat akaun Facebook palsu dengan menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, petang tadi.
Lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai eksekutif operasi sebuah syarikat, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pada 5 petang.
Sementara, suspek wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dan dipercayai membuat akaun palsu, ditahan di lokasi sama antara 3 dan 4 petang.
Pada 19 Januari dan 25 Mac lalu, Polis Johor menerima 2 laporan masing-masing mengenai kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan institusi Diraja Johor serta 1 akaun Facebook palsu yang digunakan untuk menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, kata Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
“Sehubungan itu, 2 kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut serta mengesan individu-individu yang dipercayai membuat kenyataan jelik dan Facebook palsu berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, bagi kes membuat kenyataan jelik, suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara, bagi kes menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya. 
Beliau berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan media sosial. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top