pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ezam, Khairuddin Di Dakwa Salah Guna Nama Parti Generasi Baru !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Se...
KUALA LUMPUR: Kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa partinya disalahgunakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.
Presiden asal Parti Generasi Baru, Datuk G Kumar Aamaan berkata, Ezam dan Khairuddin yang masing-masing merupakan presiden dan timbalan presiden PBR, didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 ahli parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat diadakan.
Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat, selain mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan.
“Penukaran nama kepada PBR tidak mendapat mandat daripada ROS…mereka juga menyalahgunakan parti ini untuk menghentam kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang media hari ini.
Kumar yang menerajui Parti Generasi Baru sejak 16 Mac 2016 berkata, beliau masih menunggu maklum balas ROS.
Parti Generasi Baru yang diasaskan S Gobi Krishnan, iaitu bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR, didaftarkan pada September 2013 dengan menyasarkan golongan muda sebagai ahli parti.
Difahamkan, namanya ditukar kepada PBR dengan hasrat untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan.
Kumar berkata, Gobi Krishnan digantung keahliannya sebagai Setiausaha Agung Parti Generasi Baru bulan lepas kerana didapati pecah amanah dengan melanggar perlembagaan parti dan melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis mengadakan mesyuarat kepada Presiden. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top