pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hadi: Parti Nak "Tadbir" Malaysia, Perlu "Pilih" PAS Atau Pun UMNO !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Mana-mana parti yang ingin mentadbir Malaysia perlu memilih sama ada PAS ataupun Umno kerana kuasa politik orang Melayu t...
PETALING JAYA: Mana-mana parti yang ingin mentadbir Malaysia perlu memilih sama ada PAS ataupun Umno kerana kuasa politik orang Melayu terletak pada kedua-dua parti itu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”
“Kuasa politik orang Melayu ada pada PAS dan Umno. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih PAS atau Umno,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.
Beliau yang sebelum ini berkata pemimpin Malaysia seharusnya seorang beragalam Islam ditanya mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu.
Sebelum ini PAS mengumumkan mahu turun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai blog ke-3 dan tidak berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).
Hadi memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “bahkan menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.”
Pendirian Hadi ini dikeluarkan sebagai menjawab pertanyaan ramai pihak mengenai sikap PAS sama ada akan memilih bersama BN atau Pakatan Harapan dalam menghadapi pilihan raya umum kali ini, khususnya menjelang muktamar parti akhir bulan ini.
Dalam wawancara disiarkan hari ini, Hadi yang menang tanpa bertanding sebagai presiden berkata, PAS tidak berkompromi soal kepentingan Islam.
“DAP sedar PAS menjadi penghalang utama kerakusan mereka yang mahu memerintah Malaysia atau mahu suara mereka kuat dan mampu menundukkan pihak lain.
“Ini bukti PAS tak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau Umno. Pas ada jati diri Islam.
Mengenai tanggapan banyak pihak yang meramalkan PAS akan kalah teruk jika bertanding sendirian dalam PRU14, Hadi berkata, pihaknya ada strategi tersendiri dan yakin masa depan cerah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Keahlian PAS meningkat setiap bulan, PAS semakin kuat. Pimpinan dan ahli bersatu dan jelas matlamat yang hendak dibawa.
“Kita ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki oleh parti pembangkang yang lain. Kita ada strategi tersendiri. Kita yakin masa depan cerah untuk PAS dalam PRU14,” kata Ahli Parlimen Marang ini.
Kata Hadi, PAS semakin kuat dengan gerombolan kemasukan semua kalangan termasuk profesional dan agamawan serta rakyat biasa.
“PAS tidak berpecah daripada muktamar lalu, apa yang berlaku ialah ada pihak yang kecewa dan mereka ini memisahkan diri daripada PAS kerana gagal mengubah dasar dan kaedah mengikut selera mereka.
“Apa yang berlaku ialah dasar perjuangan PAS yang tetap kekal hingga kini,” kata beliau.
Hadi menjelaskan hubungan PAS dan Umno adalah atas dasar ta’awun, bekerjasama dalam perkara kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara kejahatan.
“PAS bersama Umno dalam isu RUU355, Rohingya tetapi PAS menentang Umno dalam isu TPPA, GST dan Akta 164. Ini kematangan PAS dalam berpolitik.
“Kita bukan berperang 24 jam, ada masa kita bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat. Kita ingin menawarkan politik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat kerana politiking melampau dan adu domba tidak ada kebaikan untuk negara.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top