pahangdaily pahangdaily Author
Title: HINDRAF Mahu, "Dr.Asri" Di Pecat Dari Jawatan Beliau Sebagai Mufti
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Hindraf mahu mengadap Raja Perlis untuk meminta agar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipecat ekoran puisi...
PETALING JAYA: Hindraf mahu mengadap Raja Perlis untuk meminta agar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipecat ekoran puisi menghina penganut-penganut agama Hindu dan mempertahankan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
Pengerusinya, P Waythamoorthy berkata, pihaknya berhasrat untuk membawa ke pengetahuan Raja Perlis tentang perasaan bukan Islam ekoran puisi Asri yang menyinggung perasaan penganut Hindu negara ini.
“Kami mahu pertemuan ini untuk membawa kebimbangan masyarakat bukan Islam di Malaysia yang marah dengan puisi mufti Perlis yang menghina agama Hindu, dan amalan yang dirujuk tiada kaitan dengan agama (Hindu) dan berniat jahat menggambarkan ia sebagai amalan agama.”
Selain itu kata beliau, pihaknya akan membuat permintaan kepada Raja Perlis untuk memecat Asri yang telah 2 kali menulis melintasi sempadan dan campur tangan dalam kepercayaan dan amalan agama Hindu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Waythamoorthy berkata, pihaknya tidak membantah jika Asri bercakap mengenai Islam, tetapi beliau tidak harus mengecam amalan agama-agama lain.
“Kedua-dua orang Islam dan bukan Islam telah mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai sejak 60 tahun lalu.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada agenda pemikiran radikal Islam yang cuba disemai dalam minda belia Islam untuk membenci dan membangunkan perasaan menghina bukan Islam.”
Asri semalam memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya menyelar apa yang dipanggil golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.
Walaupun tidak menamakan “pendakwah” yang dimaksudkannya, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan Zakir yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.
Bagaimanapun hari ini, Asri menghantar mesej lain di Facebook untuk mempertahankan puisi kontroversi.
Kata beliau, tulisan itu tidak dituju kepada penganut Hindu di Malaysia, tetapi sebaliknya pentadbiran Perdana Menteri India Narendra Modi, yang didakwanya membenarkan umat Islam dibunuh atas penyembelihan lembu, haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu.
Waythamoorthy mendakwa mufti yang “dihormati” itu kini berada di bawah pengaruh Zakir.
“Menjemput Zakir ke Malaysia telah mengundang pergolakan besar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Jika Zakir boleh merosakkan mufti Perlis untuk muncul dengan puisi yang menghina secara terang-terangan, maka Zakir telah berjaya meradikal dan memesongkan cara berfikir mufti yang dihormati.
“Oleh itu, Hindraf mengharapkan pertemuan segera dengan Raja Perlis untuk memberi taklimat mengenai bahaya pendakwah kebencian seperti Zakir di Malaysia sedangkan beliau diperlukan di India untuk aktiviti berkaitan keganasan dan pengubahan wang haram.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

besih min said... Sunday, April 23, 2017 12:29:00 PM

Hindraf dok pikir perasaan dia aje, perasaan orang islam dia tak pikir

Anonymous said... Sunday, April 23, 2017 12:53:00 PM

JANGAN bagi Hindraf dan sekutunya naik kepala. Orang Islam wajib pertahankan Mufti Perlis. Hindraf adalah samseng!!

jalilnor said... Sunday, April 23, 2017 3:02:00 PM

mngkok ayun moorty hindraf ni.... kalau kau berkuasa di msia ni mampus lah orng islam disini dibuatnya..... ini baru jadi ketua hindraf... orn islam lain diam je???

 
Top