pahangdaily pahangdaily Author
Title: Idris Ahmand: 'Tun Mahathir' Yang Memecah Belahkan Pembangkang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti itu memecahbelahkan umat Islam melalui rang undang-unda...
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti itu memecahbelahkan umat Islam melalui rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan presidennya Khamis lalu.
Sebaliknya, Idris Ahmad berkata, bekas perdana menteri itu yang memecahbelahkan pembangkang.
“Macam mana RUU 355 memecahbelahkan orang Islam, kalau orang tak ikut dia (Dr Mahathir) anggap PAS memecahbelahkan (Islam)? Dulu pun sama, anggap PAS macam itu selama 22 tahun.
“Sekarang dah jadi pembangkang nak kata (PAS) memecahbelahkan juga. Sejarah membuktikan Dr Mahathir yang memecahbelahkan (pembangkang). Contohnya wujud PKR,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilaporkan berkata, RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan memecahbelahkan umat Islam kerana ia sebenarnya tiada kaitan dengan agama Islam.
“Agama Islam tidak menyusahkan kita membuat sesuatu untuk memecahbelahkan orang Islam, ia digunakan untuk politik sebuah parti.
“Dalam negara kita ada masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana dalam Islam kita kena menghormati agama lain dan kita tidak boleh memaksa orang berasa takut kepada Islam,” kata Dr Mahathir.
Sementara itu, Idris menasihatkan Dr Mahathir belajar cara menjadi pembangkang terlebih dahulu, sebelum memberi nasihat kepada PAS yang sudah lama menjadi pembangkang.
Naib presiden PAS itu berkata, sebagai pembangkang, Dr Mahathir sepatutnya menyasarkan BN dan Umno, bukannya sesama parti pembangkang.
“Lawan kerajaan Barisan Nasional (BN), Umno sudahlah. Kita nasihat dia lawan Umno sebab mana ada parti di Malaysia, pembangkang lawan pembangkang,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Idris berkata, PAS menyerahkan urusan menyaman Editor Sarawak Report kepada peguam mereka di United Kingdom.
“Itu urusan peguam kita di sana. Saya tidak tahu dan tidak ada dimaklumkan.”
Semalam, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berkata, beliau belum menerima sebarang notis saman, meskipun sudah lebih 3 bulan tarikh akhir bagi pihaknya memenuhi tuntutan PAS berhubung laporan mendakwa pucuk pimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak, berakhir.
Ia selepas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang peguam PAS di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember lepas.
Surat itu mengandungi 3 tuntutan – menggesa Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, mengeluarkan permohonan maaf mengikut terma dipersetujui PAS dan Sarawak Report memberikan jaminan tidak akan menyiarkan tuduhan palsu pada masa depan.
Tempoh 7 hari itu berakhir 20 Disember lepas.
Sarawak Report pada Ogos 2015 mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS dan transaksi itu salah satu usaha Najib untuk “menarik” kepimpinan PAS menyokong BN dan Umno. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top