pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun M: Kerajaan Serah Kedaulatan Kita Kepada China Melalui Melaka Gateway !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik projek Melaka Gateway bernilai RM43 bilion sebagai satu lagi petanda kerajaan persekut...
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik projek Melaka Gateway bernilai RM43 bilion sebagai satu lagi petanda kerajaan persekutuan menyerahkan kedaultan negara kepada China demi manfaat politik jangka pendek.
The South China Morning Post (SCMP) semalam melaporkan bekas perdana menteri itu sebagai berkata, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengharapkan sokongan politik daripada peningkatan pelaburan langsung asing melalui projek itu.
“Kita mempunyai kemudahan mencukupi di negara ini. Kita sudah ada pelabuhan mencukupi dan infrastruktur diperlukan untuk menarik pelancong. Ini (Melaka Gateway) tidak perlu,” katanya.
Ini adalah kali ke-3 pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu mengkritik projek mega membabitkan syarikat China, tahun ini.
Pada 14 Mac lalu, beliau merungut tiada apa dilakukan untuk menghalang pembeli hartanah dari China menjadi warganegara Malaysia selepas membeli rumah dalam projek Forest City bernilai RM100 bilion di Johor yang dibangunkan syarikat China, Country Garden Holdings.
Beliau mempersoalkan tawaran status pegangan bebas projek itu kepada pembeli, seperti yang dilihat pada iklan di tiang lampu jalan di bandar berkenaan.
Pada 8 April lalu, Dr Mahathir membidas projek mega Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan berkata, hanya sedikit manfaat akan diperoleh daripada projek bernilai RM55 bilion itu berbanding lebuh raya seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di mana pembangunan boleh dilihat di sepanjang laluan itu, termasuk bandar baru, taman perindustrian dan projek perumahan.
Beliau turut mendakwa projek itu akan menambah hutang negara dan memberi manfaat kepada perniagaan dari China berbanding rakyat Malaysia, kerana kontraktor utamanya ialah China Communications Construction Company (CCCC) yang berpangkalan di Beijing.
SCMP memetik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Melaka Gateway sebagai berkata, kerajaan sekarang sekadar meneruskan dasar kerjasama ekonomi dengan Asia timur yang dilaksanakan Dr Mahathir.
“Apabila beliau menjadi perdana menteri, kita nampak kemasukan besar dalam pelaburan Jepun…tiada sesiapa yang menuduh Dr Mahathir menjual negara ketika melaksanakan dasar ‘Pandang ke Timur’ beliau.
“Dengan cara sama, ini adalah lanjutan untuk kita bekerjasama dengan ekonomi yang semakin meningkat pada hari ini, iaitu China.”
Melaka Gateway mempunyai pelabuhan laut dalam yang akan dibina pada 2019 di Pulau Melaka, luar pesisir Melaka yang dikatakan bakal memberi saingan baru kepada Singapura.
Dilancarkan pada 2014, projek itu adalah usaha sama KAJ Development Sdn Bhd milik kerajaan negeri Melaka dan syarikat jana kuasa gergasi PowerChina International membabitkan sebuah terminal pelayaran dan kawasan dermaga pada fasa pertama, termasuk hotel dan sebuah roda gergasi pemerhatian.
Sam Beatson, seorang penyelidik di Lau China Institute, King’s College London memberitahu SCMP, pelabuhan Melaka Gateway merupakan langkah strategik China untuk “membantu menjamin laluan perdagangannya” ketika ketegangan maritim melanda rantau ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top