pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khaliid: Ahli-Ali PAS Boleh Lawan Hj Hadi Dengan Sokong Amanah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ...
PETALING JAYA: Ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang wajar menyokong Parti Amanah Negara (Amanah), salah satu anggota Pakatan Harapan.
Pengarah komunikasinya Khalid Samad berkata, cara itu adalah pendekatan yang lebih berkesan berbanding menentang kepimpinan Hadi dari dalam PAS sendiri.
“Jika merasa setia kepada parti, mereka kena fikir… apa guna parti jika perjuangannya sudah lari.
“Parti hanya medium,” kata beliau.
Beliau mengulas pendirian bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad dengan FMT minggu lalu, yang mengatakan semakin ramai ahli akar umbi PAS yang tidak suka kepimpinan parti dekat dengan Umno.
Namun menurut Nakhaie, penentangan terhadap Hadi dalam muktamar akan datang menjadi sukar memandangkan kebanyakan pemimpin yang mampu mencabarnya sudah keluar untuk menubuhkan Amanah.
Menjawab perkara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengakui kedudukan Hadi sedia kuat di saat mereka masih berada dalam PAS.
“Sebab itu, beliau boleh mengubah pendekatan PAS dan pemimpin PAS yang lain boleh menyerang dan melabel kami tanpa sekatan pada muktamar yang lalu,” kata beliau.
Nakhaie juga berkata, penubuhan Amanah sebenarnya mengukuhkan kedudukan Hadi dalam PAS.
“Kalaulah pihak yang lama itu masih ada dan ada penentang ini, maka Hadi akan terkeluar,” kata Nakhaie.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, golongan yang tersingkir pada muktamar pemilihan 2015 perlu mengambil langkah segera dengan mengambil kira keadaan PAS dan Pakatan Rakyat ketika itu.
“Apa yang penting adalah platform untuk menyampaikan mesej kita. Apatah lagi muktamar seterusnya hanya 2 tahun lagi.
“Jika kami tunggu, keadaan dalam PAS akan lebih bercelaru. PKR pula mungkin terus tersekat antara PAS dan DAP, dan tiada parti untuk menggantikan PAS ketika penubuhan Pakatan Harapan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top