Lim Guan Eng: Usul Hj Hadi Awang Adalah Permainan Dan Tipu Daya

GEORGE TOWN: Sikap membisu parti komponen BN semasa membentangkan usul Hadi ternyata “cakap tak serupa bikin” mereka, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.
Beliau berkata MCA, MIC, Gerakan dan SUPP di luar Parlimen berkata mereka menolak rang undang-unang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355, tetapi berdiam diri apabila usul dibentangkan.
“Nampak jelas BN dan PAS sedang berpakat…parti komponen berbohong apabila mengatakan mereka membantah RUU itu.
“Sebenarnya, mereka bersubahat dengan Umno untuk menjayakan RUU 355,” kata Guan Eng.
Guan Eng menegaskan DAP tidak akan menyokong RUU itu kerana ia tidak berperlembagaan dan mencerobohi undang-undang sivil.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dengan majoriti 2/3 terlebih dahulu jika mahu meningkatkan kanun jenayah syariah.
Guan Eng berkata Dewan Rakyat ditangguhkan sebelum ahli Parlimen sempat membantah rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau merasakan pihak tertentu berpakat untuk mengetengahkan RUU tanpa membenarkan ia dibahas pihak lain, kecuali oleh pencadang dan penyokong usul.
Beliau berkata 6 RUU penting lain diketepikan untuk memberikan keutamaan kepada RUU Hadi. Tindakan itu, katanya, mengundangkan tanda tanya.
Guan Eng berkata parti bukan Islam dalam BN perlu bertanggungjawab kerana membenarkan RUU berada pada tahap sekarang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]