pahangdaily pahangdaily Author
Title: Najib Mahu Panggil PRU-14 Cepat, Tetapi Masih "Menilai" Sokongan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berhasrat untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan c...
KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berhasrat untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan cepat, tetapi masih menilai sentimen pengundi sebelum membuat keputusan muktamad.
“Kalau ikut suasana di Kuala Nerus ini, nak buat cepat, namun kami kena lihat kepercayaan rakyat.
“Kalau pilih BN, banyak lagi transformasi yang akan kami lakukan,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh di sini, hari ini.
Tempoh mandat kerajaan semasa akan berakhir pertengahan tahun depan. Pun begitu ramai membuat spekulasi PRU14 kemungkinan akan dipanggil akhir tahun ini.
PRU13, yang pertama diketuai Najib, telah diadakan pada Mei 2013.
Dalam ucapannya itu, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai agenda tersebut, namun memerlukan mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang dalam merealisasikannya.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top