pahangdaily pahangdaily Author
Title: PM Saman Tony Pua, Isu Rakaman Video 'Fitnah Beliau' Di Facebook !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan saman fitnah terhadap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berhubung kenyataan dal...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan saman fitnah terhadap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berhubung kenyataan dalam rakaman video secara langsung di Facebook.

Rakaman tersebut membabitkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dan beliau mendakwa Pua menyiarkannya dari Parlimen pada 6 April.

Najib selaku plaintif melalui pernyataan tuntutannya, berkata kenyataan Pua dalam rakaman itu yang kemudian diterbitkan dalam laman Facebook rasminya, secara spesifik merujuk kepada beliau (Najib).

Kenyataan itu menurut Najib, memfitnahnya mengikut Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 terhadap jawatannya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa.

Plaintif berkata, ia bermaksud beliau memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker Dewan Rakyat supaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-undang lain.

Beliau berkata, ia juga bermaksud dirinya tidak menghiraukan doktrin pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi Melayu dalam kalangan pembangkang.
Perkataan fitnah itu juga, kata Najib, membawa maksud beliau melakukan jenayah dengan merompak duit daripada dana 1MDB, menyalahguna kuasa, tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan.

Sehubungan itu, Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan daripada Pua dan perintah injunksi bagi menghalang Pua daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top