pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nasharudin:: Dakwaan Yang Telah Di Buat Rafizi Tidak Berasas Serta Fitnah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Nasharudin Mat Isa menolak dakwaan beliau pernah menerima sejumlah wang berkait 1MDB, menyifatkan tuduhan yang terk...
PETALING JAYA: Datuk Nasharudin Mat Isa menolak dakwaan beliau pernah menerima sejumlah wang berkait 1MDB, menyifatkan tuduhan yang terkandung dalam akuan berkanun Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli semalam sebagai tidak berasas.
“Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya. malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu.
Semalam, Rafizi menerusi akuan berkanunnya berkata seorang bekas pegawai Suruhanjara Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau yang sebahagian daripada dana berkait 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut mengalir “kepada peguam tertentu”, sebelum ia sampai kepada Nasharudin.
Rafizi berkata SPRM sudah pun menyiasat perkara itu, dan berkata perkara itu turut diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
Nasharudin hari ini “menafikan dengan sekeras-kerasnya” pernah menerima sebarang seperti yang dijelaskan Rafizi semalam.
Beliau turut mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang “dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang”.
“Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam
sebarang siasatan oleh pihak SPRM…” katanya.
Nasharudin yang dilantik sebagai setiausaha agung PAS pada 1999, mula berhenti daripada bergiat aktif dalam PAS selepas ditewaskan sebagai timbalan presiden parti itu pada muktamar 2011.
Dua tahun lalu, beliau dilantik mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top