pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAC Arah KDN Cari Alat Biometrik Bernilai RM10.3 Juta Yang Hilang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan semua peralatan biometrik bernil...
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan semua peralatan biometrik bernilai RM10.3 juta yang digunakan dalam Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).
Pengerusi PAC Datuk Sri Hasan Arifin berkata KDN perlu membuat laporan polis jika gagal mengesan peralatan biometrik serta jalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab.
“Kementerian dan Jabatan Imigresen Malaysia dipohon menjalankan program transformasi secara menyeluruh terhadap sistem operasi dan pengurusan KDN supaya tahap perkhidmatan dan urus tadbir dapat dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mei 2016, menyatakan myIMMs dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen Malaysia.
Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top