pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Terengganu: "Politik Dangkal" Cuba Nafikan Kebaikan Para Guru
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SAYA mendapat makluman berkenaan satu tular yang memohon sumbangan bagi membantu seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun, Mu...

SAYA mendapat makluman berkenaan satu tular yang memohon sumbangan bagi membantu seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun, Muhammad Kamil Hakimi Jamaluddin, yang disahkan datang dari keluarga miskin di Kampung Gong Pasir, Dungun. 

Beliau sedang menunggu jawapan kemasukan ke beberapa IPTA setelah mendapat 4A dalam SPM yang lalu. Namun, masalah kewangan keluarga Jamaluddin Hussin ini menjadi berganda dengan ibu kepada adik Hakimi, Rokiah Mohd Nor, sedang menderita sakit buah pinggang.

Hal ini telah mendapat perhatian segera pimpinan masyarakat setempat termasuk Adun Rantau Abang menerusi isterinya yang telah menziarahi keluarga ini terlebih dahulu sebelum berita ini ditularkan. Tentunya bantuan yang banyak telah disumbangkan secara peribadi oleh orang perseorangan mahupun melalui agensi-agensi kerajaan berbanding Adun Rantau Abang dari PAS, YB Cikgu Alias Harun yang kita tahu kemampuan PAS hanya menghulurkan bantuan kecil-kecilan sahaja.

Walau daripada siapa sekalipun bantuan ini, alhamdulillah adik Hakimi dan keluarga insya Allah boleh tersenyum ceria sekarang dengan segala bantuan yang diperolehi itu. Semoga ia dapat mengurangkan kesakitan ibunya, membantu ayahnya menguruskan keluarga dan membuka jalan untuk adik Hakimi ke menara gading serta akan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

Apapun dalam usaha memberi bantuan ini, kita patut menoleh ke belakang memandang megah usaha guru-guru dari SM Sains Dungun ini. Mereka bukan sahaja begitu komited membantu pelajar-pelajar mereka untuk cemerlang dalam pelajaran, malahan mereka masih sanggup mengusahakan tabung bagi membantu lepasan pelajar mereka untuk terus maju dalam kehidupan.

Betapa mulianya niat dan perlaksanaan mereka ini. Sepatutnya guru-guru ini turut diberikan penghormatan atas ‘kerja lebih masa’ mereka ini. Mereka telah keluar dari skop kerja mereka tanpa bayaran, tanpa pujian hanya semata-mata kerana mahu menolong.

Akan tetapi di sebalik pujian yang patut kita kalungkan kepada guru-guru ini, saya mendapat maklumat, ada golongan yang melihat usaha murni mereka ini sebagai satu ancaman politik kepada mereka. Begitu rendahnya akal dan fikiran mereka sehingga sanggup menganggap kerja mulia guru-guru ini sebagai bahan untuk mencalarkan imej kerajaan dan parti mereka.

Saya menyeru agar dihentikan politik dangkal dan sempit sebegini. Biarlah guru-guru itu membantu pelajar-pelajar mereka, jangan disekat dengan ugutan atau tohmahan yang meliar. Biarkan kebaikan berkembang mekar di dalam masyrakat kita. Jangan anda menjadi racun kepada kebaikan ini.

Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengugut guru-guru kerana isu-isu sebegini, agar menghentikan segera tindakan yang tidak bertamadun ini. Guru-guru sepatutnya diberikan penghormatan, selaras dengan kesungguhan mereka mencurahkan ilmu kepada anak bangsa, apatah lagi kebencian yang dizahirkan ini atas nama politik dan menekan guru-guru untuk berhenti berbuat perkara yang baik.

Kepada guru-guru sekalian, janganlah anda merasa takut untuk berbuat kebajikan semata-mata adanya ugutan-ugutan dari kalangan yang menganggap kerjaya guru ini bagaikan ‘low class’. Teruskan usaha anda semua. PAS Terengganu tetap menjulang tinggi profesion perguruan ini dan menyokong kebaikan yang dilakukan oleh guru-guru, demi membina masa depan anak bangsa yang lebih gemilang. #sumber

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

Advertisement

Post a Comment

 
Top