pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS "Terkejut" Usul Hadi Tidak Di Bahas, Sudah Sediakan Pembahas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS sebenarnya terkejut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul Hadi pada hari tera...
KUALA LUMPUR: PAS sebenarnya terkejut Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul Hadi pada hari terakhir sidang ke mesyuarat Julai nanti.
Ini kerana PAS sudah mempersiapkan pembahas untuk berdebat rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dengan pengkritiknya.
“Keputusan speaker untuk menangguhkan sidang mengejutkan semua kerana PAS sudah sediakan 2, 3 pembahas seperti Datuk Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) dan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh),” kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas).
“Sebagaimana speaker kata, dia menggunakan kuasa dia, tetapi harapan saya perbahasan pada sidang akan datang diberikan lebih banyak masa,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Dewan Rakyat ditangguhkan pada 4 petang tadi.
Mesyuarat kedua dijadualkan diadakan pada 24 Julai.
Pada hari Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) membentangkan usulnya yang dinanti-nantikan pengkritik pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) dalam kerajaan dan pembangkang, Pandikar menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perbahasan usul.
Penangguhan dibuat sejurus Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menyokong dan menerangkan usul tersebut.
“Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang – ‘if you are in power, you are powerful. If you don’t use your power, your are a bloody fool’,” kata Pandikar.
“Pada hari ini saya tak mahu menjadi ‘bloody fool’. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan RUU355 diadakan pada sesi akan datang.”
Penangguhan kali ini merupakan yang ketiga selepas ia ditangguhkan pertama kali pada Mei dan November tahun lepas.
Tindakan speaker mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen, yang mahu mengambil hari ini untuk membahaskan usul kontroversi itu.
Nik Abduh yakin Umno bersama RUU 355 walaupun tidak disokong Barisan Nasional.
“Itu sebagaimana dah dijelas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi walaupun BN tak bawa, tetapi Umno akan terus sokong,” katanya.
“Saya ucap tahniah (kepada Umno),” tambahnya.
Sementara itu, Takiyuddin menghormati keputusan Speaker kerana masa yang singkat menghalang perbahasan diteruskan.
“Perbahasan sepatutnya sampai 5.30 petang tetapi kalau ada tak ramai boleh cakap. Pembentangan RUU355 ini bukan antara PAS dan Umno sahaja, kita buat ini untuk orang Islam,” katanya.
Semalam, kerajaan berbahas sehingga 5.00 pagi untuk menyelesaikan beberapa rang undang-undang kerajaan.
“Kita boleh adakan penerangan di luar untuk lebih jelas – tidak ada masalah – tetapi perbincangan mestilah dijalankan secara harmoni,” tambah Takiyuddin.
PAS turut memuji sikap pengkritik kerana tidak mencelah penerangan usul tadi.
“Saya sedia dengan celahan tetapi tidak ada. Hari ini ahli Parlimen kita tunjuk kematangan yang baik untuk dengar isu ini,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top