pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pegawai Imigresen Mengaku Tak Bersalah Rogol Wanita Thailand !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ALOR GAJAH: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 3 pertuduhan merogol, melakukan p...
ALOR GAJAH: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 3 pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan mengugut seorang wanita warga Thailand, bulan lepas.
Frankie Chua Siong Kiat, 30, menghadapi pertuduhan merogol wanita itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum 5 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii, iaitu melakukan oral seks dan didakwa menurut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun.
Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap wanita tersebut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Chua didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 tengah hari hingga 1.15 tengah hari di tempat dan tarikh sama, iaitu di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini, pada 9 Mac lepas.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 8 dan 9 Mei depan untuk mengambil keterangan mangsa serta melantik jurubahasa Thai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin, manakala tertuduh diwakili peguam Rengganathan Abdullah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top