pahangdaily pahangdaily Author
Title: Siti Kasim 'Balas Balik' Peringatan Murtad Yang Di Buat Mufti Perak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti m...
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim berkata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria melakukan perkara sama seperti memfitnahnya dan oleh itu boleh dihukum 80 sebatan, menurut Al-Quran.
Menjawab kepada komen dibuat mufti itu pada sidang media di Ipoh semalam, Siti Kasim berkata Harussani tidak sepatutnya bercakap sebelum memastikan faktanya tepat.
“Saya tidak murtad. Dia perlu dengar temu bual asal saya. Jangan terkeliru dengan versi potong dan tampal yang berunsur fitnah oleh menara.my, laman web fundamentalis yang hanya menyerang sesiapa saja yang Islamofasis anggap sebagai liberal.
“Itu fitnah besar untuk menuduh wanita secara salah, boleh dihukum 80 kali sebat menurut Al-Quran,” katanya dalam postingnya di Facebook awal hari ini, bersama surah Al-Quran di mana 4 saksi diperlukan untuk menuduh.
Semalam, Bernama melaporkan Harussani sebagai berkata Siti Kasim tidak sepatutnya menyentuh perkara “tauhid” kerana itu bukan bidangnya.
“Perbuatan itu boleh menjurus kepada murtad,” katanya pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Berhubung tuduhan itu, Siti Kasim mempersoalkan di mana “4 saksi” mufti Perak, dan berkata: “Syariah tidak menerima video sebagai bukti”, merujuk kepada apa yang dilaporkan dikatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Harussani juga menasihati Siti Kasim dengan berkata “orang yang murtad terkeluar daripada Islam dan kalau mati pun tak boleh ditanam di perkuburan Islam”.
“Saya menasihatkan (Siti Kasim) untuk tidak campur dalam urusan agama yang kita tidak tahu. Belajarlah,” kata Harusssani.
Siti Kasim turut mempersoalkan jika Harussani menyamakan dirinya dengan Tuhan.
“Adakah dia Tuhan? Memahami kepercayaan anda itu perlu. Allah perintah ummah untuk menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya ialah dengar nasihatnya sendiri.
“Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri,” katanya.
Harussani berkata demikian ketika mengulas laporan media yang menyebut tentang kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan tuhan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, April 04, 2017 8:52:00 PM

Allah bagi akai suruh fikir tanda tanda kebesaran Allah didepan mata buakn nak tunjuk pandai dari Allah
diri sendiri pung terangan durhakai Allah
tak tutup aurat

An Anonymous said... Tuesday, April 04, 2017 10:38:00 PM

PAN pasti membisu dalam isu kewujudan tuhan melalui getaran.

Anonymous said... Wednesday, April 05, 2017 12:12:00 AM

Kepada Dr Asyraf, cepat2 lah panggil si Bedah ni, rakyat nak tahu cerita sebenar. Lagi lama ding dong ding dong fahaman dia ni boleh merosakkan lebih ramai org2 Islam yg lain.

Anonymous said... Wednesday, April 05, 2017 12:24:00 AM

Dulu ada pihak yg nak arrange diskusi dgn Dr Zakir tak mau, macam2 alasan dia bagi, buang masa la etc.
Tanyalah kepada pakar bidang mereka, tanya lah mufti2, kalau tak mau, tanya ulamak2 pondok, insyallah ada jawapan untuk segala permasalahan dari dulu hingga sekarang, bergetar ke tak bergetar ke, semuanya ada jawapan. Tak de apa nak dimalukan malah dapat menambahkan ilmu... sebenarnya banyak ilmu2 yg kita tak tahu yg ada didada2 ulamak2, ilmu tafsir misalnya...

Anonymous said... Wednesday, April 05, 2017 12:28:00 AM

Harap2 si Bedah ni tak termasuk dalam golongan fahaman sesat sister in islam. Sembahyang mereka boleh imam wanita makmun lelaki...

City Honda said... Wednesday, April 05, 2017 11:26:00 AM

isu siti ni harunssani boleh handle, tk perlu Amanah masuk campur nnti jadi politik.

isu agama serah pada agamawan.

tidak ada sapa yg sokong kenyataan siti mengenai asal usul Tuhan.

kepada siti.... ada cadangan nk diberi ni...

sebelum mengkaji dgn otak mengenai asal usul Tuhan, cuba kaji diri sendiri dulu yg dijadikan Tuhan.

soalan 1....

semasa siti tidor, siti pi mana? kenapa tak sedar? apa yg buat siti tidak sedar dan esok pagi sedar semula? apa cita fenomena tidor ni siti?

soalan 2....

sebelum kaji asal usul Tuhan, nak Tanya asal usul keturunan siti siapa? mak bapak datuk nenek moyang piut ciut dll.... lepas tu siapa lagi? kalau asal sendiri pun tk tau sampai habis, mcmana nk tau asal usul Tuhan?

soalan 3....

tentu siti pernah demam dan jumpa doctor kan. Ada tak jika doctor nasihat sekain sekian, siti bantah. sebb tk caya doctor tu. kemudian siti tempelak pulak doctor tu..u apa tau pasal I, u Tuhan ke?

soalan 4....

siti sedar je bila remaja, org panggil siti perempuan. sebb siti tiada tongkat ali keagungan kaum lelaki. so mcmana boleh ini terjadi dan siti tidak diberi peluang memilih?



bukan salah nk kaji Tuhan tapi diri sendiri pun byk yg akal tak leh jawab.. so eloklah kaji diri sendiri dulu.

cukupla dulu sikit soalan utk siti.. tentu akal siti sgt hebat dpt menemui jawapan terhadap apa yg kami percaya sebagai ciptaan Tuhan.. sebelum dpd mengkaji Tuhan itu sendiri.

siti jawap lah kt youtube utk org saksikan.

 
Top