pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemuda PAS Pusat Desak Perdana Menteri Jelaskan Isu "1MDB-IPIC" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MERUJUK  kepada kenyataan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang disiarkan di laman web London Stock Exchange bertarik...

MERUJUK kepada kenyataan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang disiarkan di laman web London Stock Exchange bertarikh 24 April 2017, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak YAB Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar konflik yang berlaku sehingga melibatkan prosiding abritasi di London Court of International Arbitration (the Settlement).
Hal ini lanjutan daripada permohonan arbitrasi (RFA) IPIC dan Aabar Investment PJS pada 14 Jun 2016 terhadap kegagalan 1MDB dan Ministry of Finance (Incorporated) Malaysia (MOF) menyelesaikan tuntutan kewangan yang dianggarkan berjumlah USD6.5 bilion.
Berdasarkan tuntutan terbaru IPIC tersebut, 1MDB dan MOF dikehendaki membayar dua kali pembayaran yang masing-masing berjumlah USD602.7 juta pada 31 Julai 2017 dan USD602.7 juta juga pada 31 Disember 2017. Tuntutan tersebut tidak termasuk semua pembayaran prinsipal serta faedah bon (2022) yang telah dijamin berjumlah USD3.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB Energy Limited.
DPPM menuntut YAB PM menjelaskan dengan telus bagaimana kegagalan tersebut boleh berlaku dan bagaimana 1MDB akan melunaskan komitmen kewangan yang menelan kos berbilion ringgit.
Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top