pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penggunaan "Mata Wang Digital", Meningkat Mendadak Di Malaysia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah l...
PETALING JAYA: Urusniaga melalui mata wang digital Bitcoin di Malaysia meningkat mendadak tahun ini, dalam apa yang disifatkan sebuah laman berita kewangan alternatif sebagai petanda kehilangan keyakinan terhadap sistem kewangan dan kekuatan mata wang ringgit.
Nilai urusniaga menggunakan kaedah Bitcoin naik mendadak sejak dua tahun lalu, daripada hanya RM130,000 pada Julai 2015 kepada lebih RM730,000 setakat 16 Julai tahun 2016, mengikut laporan statistik coin.dance.
Majalah web The Cointelegraph berkata peningkatan sedemikian merupakan sesuatu yang biasa di kalangan rakyat sesebuah negara yang berpaling daripada mata wang konvensional kerana hilang keyakinan disebabkan kepincangan sistem ekonomi di samping nilai mata wang yang semakin menyusut.
Ia mendakwa perkara sama juga dilihat di negara seperti Zimbabwe dan Venezuela.
“Berbeza daripada era 90an, kekayaan rakyat sesebuah negara tidak lagi terikat dengan kekayaan negara itu.
“Bitcoin memberikan mereka jalan keluar. Sudah tiba masa kerajaan menyedari hal ini,” menurut ulasan Cointelegraph.
Bitcoin merupakan ilham seorang pakar komputer yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto, di mana mata wang bebas daripada pengawasan mana-mana bank pusat, dan boleh dipindahkan dengan kaedah elektonik tanpa orang tengah secara percuma.
Sementara nilai mata wang biasanya disandarkan pada emas atau perak, Bitcoin pula disandarkan pada pengiraan matematik.
Ia menjadi tarikan kerana bank pusat sesebuah negara tidak boleh mengawal urusan kewangan seseorang, dan semakin menjadi pilihan peniaga kecil yang menggunakan Bitcoin dalam urus niaga harian.
Bitcoin juga mendakwa ia sebuah sistem telus kerana daftar transaksi di serata dunia menggunakan sistem itu boleh diperiksa sesiapa sahaja. #sumber

*** Ringgit Malaysia (RM) merudum sekarang. Anda berminat untuk menyimpan atau menggunakan matawang digital dalam urusan seharian?. Lebih menjimatkan dan pasti menguntungkan. Kami perlukan anda di seluruh Malaysia khasnya dan dunia amnya. Jadilah sebahagian daripada kami. Bayangkan anda berbelanja dalam negara dengan kadar nilai wang yang lebih tinggi dari Ringgit Malaysia (RM) sendiri. Anda juga boleh gunakan matawang digital dalam urusan ke luar negara dengan mudah. Tidak perlu berlengah lagi, dapatkan matawang digital anda sekarang. Pilihan anda mahu jadi pengguna atau pun menyimpan, dua-dua dapat keuntungan. Berminat sila WhatsApp BTC_Nama_Lokasi ke 010-8672810 sekarang. Info klik www.bitcoins88.blogspot.my

Advertisement

Post a Comment

jamal said... Wednesday, May 31, 2017 11:10:00 PM

Salam. Boleh cerita skit pasal onecoin?

 
Top