pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pondok Polis Kampung Mukut Di Pulau Tioman Musnah Terbakar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA ROMPIN:  Sebuah pondok polis di Kampung Mukut, Pulau Tioman, di sini, yang masih digunakan di kampung itu terbakar sekitar jam 11...

KUALA ROMPIN: Sebuah pondok polis di Kampung Mukut, Pulau Tioman, di sini, yang masih digunakan di kampung itu terbakar sekitar jam 11.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ia dibina pada 1983 berdindingkan kayu dengan binaan tiang konkrit dan hanya menempatkan dua anggota.

“Ketika kejadian tiada anggota berada di pondok berkenaan yang mana seorang daripada mereka keluar makan.

“Kejadian disedari penduduk kampung. Siasatan masih diteruskan dan antara yang musnah ialah senjata api serta peralatan komunikasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top