pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rafizi: Adam Rosly Perlu Cuti Dari Jawatan, Tetapi Bukan Guan Eng !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli menjelaskan gesaaan supaya Datuk Adam Rosly bercuti daripada jawatan parti tidak terpakai kepada Setiausaha ...
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli menjelaskan gesaaan supaya Datuk Adam Rosly bercuti daripada jawatan parti tidak terpakai kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana kes mahkamah yang dihadapi mereka berdua berbeza.
Naib presiden PKR itu berkata, 2 kes itu tidak sama dan beliau sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu dalam kenyataannya semalam, apabila meminta Adam bercuti sehingga selesai perbicaraan kesnya.
“Kes Adam Rosly ini sebenarnya agak mudah. Beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana hartanya dikumpul. Tambahan, beliau juga tidak mengisytiharkan hartanya,” kata Rafizi kepada wartawan di Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) hari ini.
Beliau berkata, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang perlu diberi peluang membela diri terhadap dakwaan berkaitan rasuah yang dihadapinya.
“Biarlah ia (dakwaan itu) ditentukan di mahkamah.
“Saya rasa orang ramai cukup bijak untuk membezakan kes penganiayaan politik dan kes yang ternyata tidak dapat dijelaskan dengan standard moral semasa yang kita perjuangkan dalam Pakatan Harapan,” kata Rafizi.
Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya sebagai ketua menteri untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificient Emblem Sdn Bhd menukar tanah pertanian kepada perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang, menerusi mesyuarat exco yang dipengerusikannya pada 18 Julai 2014.
Bagi pertuduhan ke-2, Lim didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya sebuah lot tanah dan banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta, lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai 2015.
Jumaat lalu, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkaitan keterangan palsu di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Pemuda berusia 29 tahun itu dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas berhubung banglo mewahnya di Kampung Melayu, Ampang.
SPRM turut menyita banglo Adam bernilai RM1.2 juta yang dibeli secara tunai dan 5 kereta mewahnya. Akaun bank beliau dan isterinya yang mengandungi RM212,000 turut dibekukan.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, jika semua ahli politik yang dibicarakan perlu bercuti, beliau turut terjejas.
“Jika atas dasar itu, saya akan menjadi orang pertama yang meninggalkan politik kerana saya berdepan 12 pertuduhan.”
Beliau bagaimanapun berkata, semuanya ialah “kes berkepentingan awam” dan beliau tidak perlu bercuti.
“Saya mendedahkan skandal. Saya mendedahkan isu-isu yang Barisan Nasional (BN) mahu simpan melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Jadi, saya rasa kita perlu lihat atas dasar kes berbeza.
“Dalam kes Adam Rosly, saya tunggu sehingga beliau dihadapkan kerana saya ingin tahu apa sebenarnya dakwaan itu.”
Rafizi melalui satu kenyataan semalam mengulangi gesaannya supaya Adam mengisytiharkan hartanya dan bercuti untuk menghalang PKR diheret bersama tuduhan berkaitan “kekayaan luar biasa” yang dihadapi ketua Pemuda PKR Ampang itu.
Katanya, kepimpinan PKR menjarakkan parti itu daripada “kemelut peribadi” Adam memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan, boleh diadakan pada bila-bila masa.
Beliau berkata, pendakwaan terhadap Adam boleh dijadikan bahan serangan oleh musuh politik PKR. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top