pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rafizi Dedahkan Bekas Pemimpin PAS Yang Terima Dana 1MDB Esok
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan mendedahkan identiti bekas pemimpin PAS yang menerima dana 1MDB melalui akaun peribadi Datuk Seri Naji...
PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan mendedahkan identiti bekas pemimpin PAS yang menerima dana 1MDB melalui akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, esok.
Naib presiden PKR itu dalam kenyataan hari ini berkata, beliau akan menamakan individu terbabit dalam sidang media jam 1.00 tengah hari yang akan disiarkan secara langsung di Facebooknya.
“Saya akan membuat satu laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 11 pagi, pada 14 April,” katanya.
Isnin lalu, Rafizi dilaporkan berkata, individu itu merupakan jambatan antara UMNO dan PAS.
Semalam, bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana 1MDB ketika menjadi pemimpin kanan parti Islam itu.
Katanya, isu penerimaan dana itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS, sebelum beliau keluar parti dan menyertai Amanah pada 2015.
Rafizi berkata, terpulang kepada Allah dan rakyat untuk menilai tindakannya dan niatnya jelas supaya rakyat mempunyai semua maklumat mengenai hasrat dan kedudukan semua pihak berkaitan rasuah di peringkat kebangsaan seperti 1MDB.
“Ini supaya mereka akan membuat pertimbangan saksama di peti undi,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Rafizi itu dengan menyifatkan ia adalah “penipuan 300%”.
Putrajaya menafikan sebarang usaha menutup isu 1MDB. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top