pahangdaily pahangdaily Author
Title: Roh PAS Masih Kekal Kukuh Walau Pun Nik Aziz Kini Sudah Tiada Lagi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN: PAS Pulau Pinang menyangkal Datuk Husam Musa sambil menegaskan, parti berusia lebih 6 dekad itu masih kekal dengan roh perj...
GEORGE TOWN: PAS Pulau Pinang menyangkal Datuk Husam Musa sambil menegaskan, parti berusia lebih 6 dekad itu masih kekal dengan roh perjuangan yang memberi keutamaan kepada usaha menegakkan Islam.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof berkata, apa yang berubah hanyalah barisan kepimpinan, bukannya matlamat perjuangan.
“Satu-satunya perkara yang berubah adalah pemimpin. Pemimpin datang dan pergi, tetapi PAS tetap dengan objektifnya seperti sebelum ini,” kata Fauzi kepada FMT.
Fauzi mengulas kenyataan Husam yang menyifatkan kematian bekas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 2 tahun yang lalu sebagai kematian bersama idea perjuangan PAS yang asal.
Husam kini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, sikap mesra PAS dengan Umno sekarang jelas berbeza dengan sikap PAS sebelum ini yang saling bermusuhan.
“Kematian Nik Aziz bukan sahaja kematian dirinya yang bernama Nik Aziz, tetapi permulaan era baru hala tuju PAS dan penghakisan pendekatan dan pemikiran politik Nik Aziz dari PAS.
“Apabila PAS memperkenalkan slogan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera, secara tak langsung PAS mengisytiharkan pendekatan politik ketika Nik Aziz menerajui PAS sebagai tidak matang,” kata beliau di Seminar Pemikiran Nik Aziz semalam.
Husam, bekas naib presiden PAS, dipecat parti itu tahun lalu.
Fauzi menegaskan, PAS kekal kukuh walaupun selepas kematian Nik Aziz dan terus mengamalkan nasihat beliau dan melaksanakan ajarannya.
Kata Fauzi, PAS juga terus menerima ahli-ahli baharu setiap bulan, yang membuktikan parti itu berkembang dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.
Mengenai kemasukan Husam ke dalam Amanah, Fauzi berkata, sesiapa sahaja bebas untuk menyertai mana-mana parti yang mereka mahu.
“Walaupun tanpa beliau (Husam), PAS tidak mengalami apa-apa kerugian. Malah, adalah lebih baik untuk beliau pergi, bukannya menjadi duri dalam daging,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Tuesday, April 11, 2017 8:13:00 AM

Roh perjuangan arwah tok guru masih ujud dlm ahli pas tetapi tidak ujud lagi dlm pemimpin pas...dah bedal rasuah 90 juta dari najib...pakai kete mewah cakap berbelit2,itu roh perjuangan arwah tok guru mana?

 
Top