pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saifuddin: 'Parti Lama' Jangan Jadi Kedekut, Parti Baru Jangan Tamak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Selain manifesto dan dasar yang baik, Pakatan Harapan perlu menambat keyakinan rakyat dengan tidak berbalah sesama parti ...
KUALA LUMPUR: Selain manifesto dan dasar yang baik, Pakatan Harapan perlu menambat keyakinan rakyat dengan tidak berbalah sesama parti komponen, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, ia amat penting terutama ketika pembahagian kerusi menuju Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Rakyat boleh yakin jika kita boleh menguruskan perbezaan pendapat, terutama ketika musim pembahagian kerusi,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau menggariskan formula untuk mencapai matlamat itu, iaitu “parti lama jangan kedekut, parti baharu jangan tamak”, disambut sorakan 268 perwakilan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan yang hadir.
Dalam Pakatan Harapan, parti yang dianggap baharu adalah Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) manakala PKR dan DAP sebagai komponen yang lebih “senior”.
“Jangan bila bab kerusi kata ‘kami paling lama, paling berpengalaman dan pemimpin kami paling lama kena tangkap, maka kami mesti dapat lebih kerusi’.
“Parti baharu pula tidak boleh tamak, kata ‘(kerusi) ini kami punya, (kerusi) itu kami punya’. Tidak bolehlah,” katanya.
Katanya lagi, cabaran besar menanti pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bagi mencapai pembahagian kerusi yang adil dan seimbang.
PRU-14 perlu dipanggil selewat-lewatnya 2018 iaitu tempoh berakhirnya penggal 5 tahun pentadbiran, dan spekulasi mengatakan pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi.
Setakat ini, usaha perundingan antara Pakatan Harapan – terutama PKR dan PPBM – dengan PAS dalam soal kerjasama pilihan raya juga dilihat sudah tidak serancak dulu.
Setiausaha Sekretatriat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdulah kemudian menjelaskan, rundingan antara 4 parti komponen akan memberikan peluang kepada semua parti untuk bertanding secara saksama, berdasarkan potensi boleh menang.
“Seperti dahulu PAS berikan kerusi kepada PKR (sebagai parti baru). Sekarang PPBM hanya ada 1 kerusi iaitu Pagoh, jadi takkanlah bertanding 1 kerusi sahaja,” katanya pada siang media selepas konvensyen.
Walaupun rundingan setakat ini hanya berlaku di peringkat Pakatan Harapan, katanya, mereka juga melihat “gambaran lebih besar” iaitu mewujudkan kerjasama dengan pembangkang lain untuk mengalahkan BN.
“Misalnya di Sabah dengan parti pembangkang di sana. Perlu ada perbincangan dengan mereka. Kita juga tidak boleh tamak dengan semua yang nak (menganggap diri) sebagai pembangkang.
“Sesiapa yang tidak ingin (menganggap diri) jadi pembangkang, itu cerita lain,” katanya sinis. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top