Salleh Keruak: Tak Boleh Samakan PM Najib Dengan Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh disamakan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu memikul beban besar yang ditanggung dari masa lampau.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengambil perhatian pada zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri, sebilangan regim yang wujud di persekitaran Malaysia disingkirkan.
Dan Dr Mahathir boleh disifatkan “sama sahaja” dengan diktator yang disingkirkan itu, kata Salleh di blognya sskeruak.blogspot.my.
Beliau seterusnya berkata, media barat menuduh Dr Mahathir membazirkan berbilion ringgit wang negara, termasuk yang disebut sebagai “ketirisan”.
“Ini diterbitkan dalam sebuah buku dan satu lagi warisan Mahathir yang tidak seharusnya disamakan dengan Najib,” kata Salleh.
Menteri itu berkata, pada 2013, Dr Mahathir menuduh Najib mengabaikan orang Melayu dan melayan kehendak orang Cina, sedangkan orang Melayulah yang menyokong Umno.
“Sudah pasti Najib tidak boleh disamakan dengan Dr Mahathir,” kata Salleh. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]