pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Sejarah Berulang", Shafie 'Yakin' Sabah Akan Jatuh Pada PRU-14 Ini !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Dengan mengambil kira sejarah politik Sabah yang sanggup tukar kerajaan, Datuk Seri Shafie Apdal yang keluar UMNO tahun l...
PETALING JAYA: Dengan mengambil kira sejarah politik Sabah yang sanggup tukar kerajaan, Datuk Seri Shafie Apdal yang keluar UMNO tahun lalu, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan diundi keluar dari negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PR14).
“Penduduk Sabah sudah membuat keputusan mereka dan bersedia untuk perubahan kerajaan,” kata Shafie, antara pemimpin yang membawa UMNO ke Sabah lebih dua dekad yang lalu.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, UMNO Sabah akan mengikuti jejak langkah Pertubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Berjaya iaitu dua parti pemerintah yang diundi keluar rakyat.
Shafie, bekas Naib Presiden UMNO berkata, rakyat Sabah, yang beliau gelarkan sebagai “pragmatik” tidak pernah mengelak daripada menggunakan undi mereka untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan pihak pemerintah.
“Penduduk Sabah sudah membuat keputusan dan bersedia untuk perubahan kerajaan,” katanya.
“Tidak seperti pengundi di Sarawak, BN menanamkan rasa takut pada mereka, rakyat Sabah berani mengambil risiko. Mereka berkata, ‘Jangan ambil mudah kami’.”
Sabah sentiasa diberitahu untuk menukar kerajaan, kata beliau yang telah digugurkan dari Kabinet Persekutuan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dua tahun yang lalu.
Usno yang ditubuhkan pada 1967 dikalahkan oleh Berjaya, parti yang diasaskan pembelot Usno, pada pilihan raya negeri 1976.
Berjaya kemudian dikalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS), parti yang dibentuk pembelot Berjaya pada 1985.
Ramalan beliau mengenai kekalahan BN di negeri itu berdasarkan sokongan menggalakkan terhadap parti barunya pada PRU14, sudah dinikmati di bandar sekitar pantai timur Sabah.
“Jika anda melihat parti baru lahir seperti Warisan yang kurang dikenali ramai di Sabah, kami sudah melakukan dengan agak baik,” kata Shafie.
Shafie melancarkan Seri Jelajah Parti Warisan pada Oktober lepas, di mana beliau memulakan jelajah bertemu rakyat.
Katanya, jelajah yang berakhir hujung minggu lalu di Penampang, mendedahkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Sabah.
“Saya sedar, saya terpaksa membuat rakyat menyedari mengapa kita perlukan perubahan kerana ia bukan semata-mata mengenai perubahan kepimpinan, daripada ketua menteri kepada yang lain, daripada satu perdana menteri yang berbeza dan seterusnya.
“Ia adalah satu keperluan untuk membuat perubahan struktur dalam sistem, perubahan untuk kebaikan rakyat.”
Shafie juga bercakap secara terperinci mengenai isu dan cabaran dihadapi rakyat Sabah, mengapa beliau percaya akan terjadi gelombang pengundi berpaling daripada BN pada PRU14, dan pandangan mengenai sama ada Warisan akhirnya akan membentuk satu pakatan pembangkang di Sabah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top