pahangdaily pahangdaily Author
Title: Seminar Tok Guru Nik Abdul Aziz Anjuran Pakatan Harapan Undang Fitnah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ADALAH benar Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai  ulama besar dan tokoh awam adalah milik semua dan boleh diseminarkan oleh sesiapa saja...

ADALAH benar Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai  ulama besar dan tokoh awam adalah milik semua dan boleh diseminarkan oleh sesiapa saja.
      
Usahkan Umno yang jadi seteru politiknya, DAP juga boleh memperkatakan tentang pemikirannya. Tiada salah dan tidak jadi jenayah.
       
Tetapi apabila sebahagian daripada pengikutnya yang keluar daripada PAS dan menubuhkan parti lain yang antara peranannya adalah untuk  menggodam PAS, maka payah hendak menerimanya sebagai satu yang semata-mata demi akadamik dan tidak mencari faedah politik sambil meremehkan PAS, satu-satunya parti politik yang diceburi Tok Guru sepanjang hidupnya.
      
Macam mana pun ia terdedah kepada fitnah dan tidak mustahil ia boleh memfitnah Tok Guru sendiri. Cara fitnah itu boleh timbul, apabila ada dalam seminar yang mendakwa partinya tidak berpecah dan kalau perpecahan itu tidak dapat dielak Tok Guru pun mungkin sama keluar PAS dan menyertai parti yang menganjurkan seminar itu.
       
Kemungkinan seminar itu menatijahkan Tok Guru menjadi hak cipta yang direbut antara PAS dan parti yang menganjurkan seminar. Sama seperti yang timbul terhadap Saidina Ali bin Abu Taib yang menjadi rebutan antara Sunni dan Syiah. Sunni kata Ali adalah Sunni dan Syiah kata, Ali adalah Syiah.
       
Bani Israel puasa pada 10 Muharam demi menghormati kejayaan Nabi Musa a.s. Sabda Rasulullah SAW, kami umat Islam lebih berhak berpuasa memuliakan Nabi Musa.
      
Justeru Tok Guru telah ditular sejak sekian lama, Tok Guru tidak lagi layak jadi milik PAS sebaliknya beliau milik yang keluar PAS, maka rebutan pengaruh itu berterusan.
      
Mungkin tujuan penganjuran adalah murni demi memuliakan Tok Guru supaya hasil seminar itu bakal disaring menjadi ikutan mereka, tetapi adab yang terbaik dapatkan dulu restu keluarga. Lainlah kalau keluarga bersikap terbuka, menyerahkan kepada awam.
      
Mana-mana institusi di dunia apabila hendak menghormati seseorang, hendak menggunakan namanya, terlebih dahulu mendapatkan maklum daripada keluarganya. Nama jalan atau sekolah tidak digunakan jika keluarga tidak setuju.
      
Bukan semua tujuan baik difahami semua. Sempena usia Lenin 100 tahun, kerajaan komunis Jerman Timur membina patungnya tersergam di Berlin Timur. Saya tengok patung Lenin itu. Pegawai awam di situ memberitahu saya, Moscow memberitahu Jerman Timur, Lenin bukan milik komunis Jerman Timur tetapi milik komunis Rusia.
      
Saya tanya reaksi Jerman Timur, dia mengangkat bahu. Ujar saya, apa Jerman tidak balas, Karl Marx bukan milik Rusia tapi ia milik Jerman.
      
Sedang sama-sama komunis terdapat berbeza anggap tenang memuliakan Lenin, maka tentulah sama-sama pengikut Tok Guru yang saling bergocoh nescaya bergeser pula bagi meraih faedah daripada tokoh besar itu.
      
Tok Guru orang soleh tiada kaitan dengan perbalahan pengikutnya selepas kematiannya. Pernah lima orang soleh sebelum Nuh diutus dikasih pengikutnya. Mereka bina patung kelima-lima bagi mengenangnya. Akhirnya mereka jadikan patung itu berhala. Demikian orang soleh itu jadi bahan fitnah pemuja setianya.
      
Adalah benar Tok Guru dihormati oleh semua. Kalau MCA datang dengan jujur hendak mengadakan wacana bagi mengenangnya, kita kena tengok dulu apa yang hendak dibuat. Berhati-hati itu bagi mengelakkan fitnah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top