pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahrizat Mendakwa Lim Kit Siang Calon PM Jika DAP Kekal Dominan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika kedudukan DAP, y...
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika kedudukan DAP, yang kini mendominasi parti-parti pembangkang di Parlimen, kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, beliau berkata, memandangkan bilangan kerusi Parlimen DAP yang lebih banyak daripada pembangkang lain, maka semestinya Kit Siang menjadi calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan.
“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu sedar pilihan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak merupakan pilihan untuk memilih Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri atau Lim Kit Siang,” kata beliau dipetik Bernama.
Justeru kata beliau, mengambil kira kedudukan DAP yang lebih dominan dalam Pakatan Harapan dari segi bilangan kerusi iaitu 37 berbanding PKR 27, pelantikan Kit Siang, Ketua DAP di Parlimen, sebagai Ketua Pembangkang amat bertepatan sekali.
Kit Siang yang menjadi anggota Parlimen sejak 5 dekad lalu menjadi sasaran serangan politik Barisan Nasional (BN) terutama Umno kebelakangan ini.
Selain DAP, Pakatan Harapan juga dianggotai oleh PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Shahrizat berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail wajar melepaskan jawatan ketua pembangkang dan membiarkan Kit Siang, yang juga penasihat DAP mengambil alih peranan itu.
Katanya, desakan itu dibuat bagi mengelak orang Melayu daripada terpedaya dengan muslihat politik Kit Siang dan DAP.
Malah menurut beliau, Wanita Umno melihat tindakan licik Kit Siang memilih Wan Azizah sebagai ketua pembangkang hanya untuk meyakinkan orang Melayu bahawa Pakatan Harapan dikuasai pemimpin Melayu sedangkan yang sebenarnya, ia dikuasai DAP dan pemimpin Melayu hanya dijadikan boneka politik mereka.
Shahrizat menambah, Wanita Umno mengikuti perjalananan sidang Dewan Rakyat dan satu perkara yang amat jelas, kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang tidak dapat dirasai pada persidangan itu kerana sikap Wan Azizah yang sering diam menikus dalam menerajui barisan pembangkang.
“Sebaliknya, Kit Siang pula yang lantang bersuara dan membuat kecoh mewakili pembangkang dan jika beginilah, Kit Siang sepatutnya menjadi ketua pembangkang kerana jelas dia yang sebenarnya menguasai pakatan ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, April 09, 2017 11:41:00 AM

membodohkan melayu tentang dap juga merupakan satu kezaliman dan melakukan kezaliman adalah berdosa....!!!!!!!!!!!!!!! Dan mengaku Islam tetapi akidah yang diamalkan bukan akidah Islam tetapi akidah yahudi.....tak peduli apa asalkan cita-cita tercapai........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 
Top