pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shakir Ameer: Kenapa UMNO Kini Begitu "Obses" Dengan Kit Siang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Obsesi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri terhadap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengundang tanda tanya. ...

KUALA LUMPUR: Obsesi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri terhadap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengundang tanda tanya.

Ismail baru-baru ini tidak semena-mena muncul menyerang Kit Siang, mendakwa veteran DAP itu menipu orang Melayu namun pada masa yang sama mencadangkan beliau menjadi pengerusi Pakatan Harapan.

Mengulas obsesi Ismail terhadap Kit Siang itu, Setiausaha Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY) Shakir Ameer menyifatkan UMNO sudah tidak idea lain, selain menyibuk tentang struktur politik parti-parti yang bakal menggantinya sebagai kerajaan.

“Ismail Sabri tidak perlu menyibuk dengan (struktur) pimpinan Pakatan Harapan.

“Semua ahli komponen mempunyai hak sama rata dan tidak didominasi oleh sesiapa seperti Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO yang tidak mempedulikan pandangan komponen lain termasuk parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Pemimpin yang tidak ada kelas seperti Ismail Sabri hanya tahu memberikan kenyataan yang tidak berasas yang berunsur fitnah untuk menutupi ketidakcekapan beliau,” ujar Shakir dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shakir lagi, jika Kit Siang seorang yang gila kuasa, sudah lama beliau memasuki kerajaan melalui kaedah pintu belakang.

“Perjuangan saudara Lim Kit Siang selama 51 tahun sebagai seorang ahli politik demi kebebasan, keadilan dan kesaksamaan di Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh ditandingi oleh seorang ‘macai’ seperti Ismail Sabri,” tegasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top