pahangdaily pahangdaily Author
Title: SKMM: Sila "Berwaspada" Dengan "WhatsApp", Untuk Perlindungan Diri Sendiri !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan perbualan aplikasi media sosial adalah bersifat persen...
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan perbualan aplikasi media sosial adalah bersifat persendirian, oleh itu siasatan hanya akan dilakukan jika ada aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam kumpulan tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, agensi berkata interaksi di platform seperti WhatsApp, WeChat, Viber dan Telegram dianggap persendirian, tetapi pengguna perlu berwaspada “demi perlindungan mereka sendiri”.
Katanya walaupun seorang pentadbir tidak membuat sebarang komen yang menyalahi undang-undang, meminta komen sedemikian daripada yang lain juga boleh menyebabkan pentadbir dipertanggungjawabkan.
Pentadbir juga akan dipertanggungjawabkan jika dia membantu, melalui hasutan, mana-mana ahli kumpulan untuk membuat komen sedemikian, atau apabila menghalang siasatan pihak berkuasa terhadap komen sedemikian.
SKMM mahu menekankan siasatan tidak akan membezakan di antara pentadbir dan ahli kumpulan, maka tindakan undang-undang boleh diambil jika didapati menyebarkan maklumat palsu.
“Dalam perkara ini, pihak SKMM akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis panduan tentang penggunaan aplikasi pesanan dan seumpamanya,” katanya.
“Pada masa yang sama, orang ramai digesa untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri.”
SKMM meminta pentadbir dan ahli kumpulan supaya berwaspada apabila berkongsi maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu.
Penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti Whatsapp, untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain,” katanya.
Seorang pentadbir boleh dipertanggungjawabkan berdasarkan kepada fakta, bukti dan perlakuan, tambah SKMM.
Rabu lepas, Berita Harian melaporkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari sebagai berkata tindakan akan diambil terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran berita palsu. Katanya mereka yang didapati dan terbukti menyebarkan berita palsu akan didakwa dibawah Akta 588.
“Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan, sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit, bergantung kepada fakta dan keterangan setiap kes,” katanya.
Laporan itu mengundang penyebaran notis penafian menjarakkan pentadbir daripada sebarang kandungan bermasalah dalam pesanan WhatsApp.
Notis berbunyi: “Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenarkan dan menyokong sebarang bentuk WhatApps yang memaparkan informasi pornografi, tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998. Segala WhatApps dipaparkan oleh individu atau saya sendiri di dalam group ini bukan tanggungjawab saya, ia adalah tanggungjawab setiap individu dalam group ini.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top