pahangdaily pahangdaily Author
Title: Skuad Tok Gajah "Ranap" Impian JDT, Mara Ke Separuh Akhir Piala FA
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Impian penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk terus mara dalam saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tew...

JOHOR BAHRU: Impian penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk terus mara dalam saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tewas dengan jumlah agregat 3-4 dengan Pahang dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam ini.

Meskipun pada mulanya perlawanan seakan-akan​ memihak kepada JDT, namun jaringan tunggal import Pahang pada minit akhir perlawanan meranapkan hajat tuan rumah untuk mengekalkan kejuaraan.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima apabila Gonzalo Cabrera berjaya menampan masuk bola hasil hantaran hantaran terus Safiq Rahim.

Kehadiran gol awal tersebut menyaksikan skuad  Tok Gajah sedikit kelam kabut pada minit awal permainan selain jentera tengah pasukan yang kelihatan sedikit goyah.
Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Gabriel Cabrera meledak masuk gol kedua buat pasukan hasil hantaran Azrif Nasrulhaq pada minit ke-22.

Pahang kemudiannya cuba merapatkan jurang jaringan apabila penyerang import mereka, Matheus Alves Leandro berjaya menembusi gawang JDT namun hantarannya gagal disempurnakan Joseph Kalang Tie pada minit ke-29.

Pertemuan satu dengan satu antara Gabriel Guerra dengan penjaga gol, Wan Mohd Azraie pada minit ke-82 gagal menzahirkan gol ketiga JDT apabila tendangan sekadar berakhir di dakapan.

Namun jaringan akhir Mohamadou Sumareh pada babak akhir permainan memastikan skuad kendalian Dollah Salleh untuk merampas slot terakhir ke pusingan seterusnya.

Keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat yang menyaksikan Pahang menjadi pasukan terakhir mara ke peringat separuh akhir Piala FA mengiringi Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top