pahangdaily pahangdaily Author
Title: SPRM Sita Banglo RM1.2 Juta Milik Ketua AMK Ampang, Adam Rosly !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan agensi itu sudah menyita banglo Ketua Pemuda PKR Ampang,...
PETALING JAYA: Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan agensi itu sudah menyita banglo Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly di Ampang yang dibeli dengan wang tunai RM1.2 juta.
Sumber SPRM yang dihubungi, turut mengesahkan Adam yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya, akan didakwa di mahkamah esok.
Adam dijangka dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) atas kesalahan memberi keterangan serta dokumen palsu ketika siasatan dijalankan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi FMT sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.
Pemuda berusia 28 tahun itu ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM pada 13 April lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikinya. Tempoh reman Adam dilanjutkan 4 hari lagi bermula Rabu lalu.
ekayaan Adam menjadi perhatian selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempertikaikan rumah besar dan kereta mewah yang dimilikinya, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti.
November lalu, Jamal membawa wartawan menaiki helikopter meninjau banglo milik Adam, sambil mempersoalkan sumber kekayaan pemimpin Pemuda PKR itu. Susulan itu, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan SPRM terhadap Adam.
Adam menafikan salah laku dan mendakwa memiliki perniagaan sendiri, namun tidak mendedahkan lebih lanjut atas alasan keselamatan.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top