pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tengku Abdullah Di Benar Pulang, Seminggu Rawatan Di Gleneagles
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dibenarkan pulang tengahari tadi selepas hampir seminggu dirawat di...

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dibenarkan pulang tengahari tadi selepas hampir seminggu dirawat di pusat perubatan Gleneagles, Ampang.

Baginda yang kelihatan masih bertongkat, keluar dari pusat perubatan berkenaan pada pukul 1 tengah hari dengan ditemani Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Tengku Abdullah dilaporkan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada 15 April lalu bagi menjalani pembedahan kecil di buku lali kaki kanan baginda.

Sepanjang seminggu mendapat rawatan di hospital berkenaan, baginda telah menerima lawatan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa orang kenamaan lain. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top