'Tertinggal' Di Dalam Van Sekolah, Kanak-Kanak Usia Enam Tahun Di Temui Mati !


PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia selepas tiga jam tertinggal di dalam sebuah van.

Muhammad Iqram Danish dan tiga lagi kanak-kanak lain dalam perjalanan ke sebuah tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang pada pukul 8 pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, pemandu van berusia 21 tahun tidak menyedari kanak-kanak itu tertidur di bahagian belakang van tersebut.

"Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 5 petang," tambahnya.
Kanak-kanak tersebut terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]