pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tiga Pelajar POLISAS Telah Berjaya Hasilkan 'Cuka Buah Anti Kanser' !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tiga pelajar Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas)  berjaya menghasilkan cuka daripada buah du...

KUANTAN: Tiga pelajar Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas)  berjaya menghasilkan cuka daripada buah durian belanda yang mampu menjadi anti kanser.

Ketuanya, Muhamad Hafizi Luqman Ismail, penyelidikan selama empat bulan itu berjaya selepas tiga kali melakukan percubaan di makmal.

Menurutnya, cuka buah itu berfungsi sebagai anti bakteria dan fungus juga dapat mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi apabila diamalkan secara berterusan.

“Kelebihan cuka berkenaan ialah dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang.

Proses pemeraman ambil masa sebulan sebelum boleh digunakan manakala proses ujian kandungan bagi menentukan bahan perubatan yang terdapat dalam cuka durian belanda akan diadakan di makmal akhir tahun ini selepas melalui beberapa peringkat yang ditetapkan pihak terbabit,” katanya kepadapemberita, di sini.

Muhamad Hafizi berkata, cuka durian belanda boleh dikomersialkan untuk perubatan selain dijadikan sebagai penambah perasa dalam masakan masyarakat Melayu.

Katanya, projek menghasilkan cuka buah durian belanda itu turut dibantu dua rakan iatu Ainul Qasrena Ariffin dan Noor Maizatul Shuhada Mohd Sharil dengan sokongan pensyarah, Muhamad Surairi Sharipuzan.

Produk berkenaan antara 31 produk makanan hasil inovasi pelajar Polisas yang layak mewakili Polisas di peringkat kebangsaan diperkenalkan pada majlis pelancaran produk makanan.

Sementara itu, Muhamad Surairi berkata, kesungguhan tiga pelajarnya menghasilkan cuka buah durian belanda terbukti sejak mula mereka melakukan penyelidikan hingga berjaya menghasilkan produk berkenaan.

“Walaupun tiga kali gagal namun mereka tetap mencuba hingga berjaya seterusnya layak terpilih menyertai majlis pelancaran produk makanan dan mewakili Polisas  ke peringkat kebangsaan.

“Saya harap ada pihak yang tampil untuk mengkomersialkan cuka buah durian belanda untuk kegunaan masyarakat tempatan dan antarabangsa,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top